Ingin Jadi Wirausahawan? Perhatikan 5 Ciri-Ciri Berikut

Natasha Oktalia, Jurnalis · Minggu 02 Agustus 2020 19:07 WIB
https: img.okezone.com content 2020 08 02 320 2255668 ingin-jadi-wirausahawan-perhatikan-5-ciri-ciri-berikut-a7KPpWiN9H.jpg Pengusaha (Shutterstock)

JAKARTA - Usahawan adalah individu yang berjaya dalam bidang kewirausahawanan ataupun ingin membina diri sebagai seorang wirausahawan. Namun, untuk menjadi wirausahawan harus memiliki ciri-ciri tertentu.

Ciri-ciri bukan sesuatu yang diwarisi, tapi wirausahawan dapat dipelajari dan dibangunkan. Seorang wirausahawan, biasanya bergelut dalam bisnis properti, bahkan usaha kecil sekalipun.

Melansir dari buku Menjadi Usahawan karya Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun, Jakarta, Minggu (2/8/2020), berikut ini dijelaskan ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang usahawan:

 Baca juga: 5 Tips Memulai Bisnis Singkong Keju, Kreativitas Harus Jalan

1. Bedikari

Bagi seorang usahawan yang berjaya, sikap suka bergantung pada orang lain perlu dikikis. Sebaliknya, sikap berdikari perlu dipupuk. Seorang usahawan mesti berusaha melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri. Bukan bermakna semua bantuan dan pandangan pihak lain perlu ditolak, tapi penerimaan bantuan itu perlu dibuat secara sederhana.

2. Yakin diri

Dalam mengejar kejayaan, seorang usahawan perlu yakin diri sendiri dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Bagi meningkatkan keyakinan diri terutama apabila berhadapan dengan kesukaran, usahawan perlu meluahkan perasaannya kepada orang yang rapat dengannya seperti pasangan ataupun keluarga.

Baca juga:  11 Cara Antisipasi Penyebaran Covid-19 di Kantor

3. Berwawasan

Seorang usahawan harus menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua jangka masa, yaitu jangka masa panjang dan pendek. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.

4. Kreatif dan inovatif

Sikap kreatif dan inovatif perlu dipupuk. Melalui sikap kreatif dan inovatif keluaran yang dihasilkan pasti berbeda dan unik .

5. Dipercaya dan jujur

 

Kejayaan seseorang usahawan juga bergantung pada cara ia menjalankan perniagaan yaitu jujur dan beretika. Kejujuran dan sikap boleh dipercayai yang ditonjolkan oleh usahawan dapat membantu pembinaan keyakinan dan kepercayaan oleh orang lain seperti pelanggan, pembekal dan pemiutang.

(rzy)

Loading...

Bagikan Artikel Ini

Cari Berita Lain Di Sini